• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunga Citra Lestari Akui Selesa Berhijab

oleh AK-47
14/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan penyanyi kelahiran negara seberang, Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) meluahkan perasaan seronok dan berasa selesa apabila mengenakan hijab. Malah kelihatan lebih ayu dari kebiasaan.

Tidak dinafikan ramai yang terkejut dengan perubahan ini, namun jelas BCL, dia berhijab adalah untuk menjayakan sebuah watak dalam filem terbarunya iaitu Jilbab Traveler: Love Sparks in Korea.

Bunga Citra Lestari Akui Selesa Berhijab

Walaupun begitu, perubahan ‘sementara’ itu turut disenangi oleh suaminya iaitu pelakon yang berasal dari Malaysia, Asyraf Sinclair.

Bunga Citra Lestari Akui Selesa Berhijab
BCL disamping suami, Asyraf

“Alhamdulillah suami senang. Teman ada yang kaget, tapi jujur, aku sendiri pas lihat di kaca pakai jilbab, aku malah senang,” ujar BCL semasa sidang media filem terbaharunya itu.

Menurut BCL kepada sebuah portal Indonesia, walaupum selesa berhijab, namun dia berasa belum tiba waktunya lagi kerana banyak perkara yang perlu dipersiapkan untuk tampil berhijab sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan selebriti.

“Masih ada banyak proses sebelum saya sampai ke tahap itu,” katanya.

Tambahnya aktres berusia 33 itu lagi, semasa mengenakan tudung, dia terasa seakan melihat sisinya yang lain.

Bunga Citra Lestari Akui Selesa Berhijab

Di dalam filem itu, BCL memegang watak Raina seorang wanita bertudung yang mengembara ke Korea Selatan untuk melanjutkan pelajaran.

Sepanjang berada di negara asing itu, Rania mengalami banyak rintangan, daripada masalah kewangan hinggalah penyakit yang dihidapinya.

Dalam masa sulit itu Rania bertemu seorang pemuda Korea bernama Hyun Gen. Pertemuan itu membibitkan kisah cinta antara dirinya dan pemuda kelahiran negara ‘kimchi’ itu.

Bunga Citra Lestari Akui Selesa Berhijab

Namun BCL pun menegaskan bahawa siapa pun Raina, ianya berbeza dengan dirinya di dunia realiti.

“Buat saya, begitu start set, nah, berarti itu bukan BCL lagi. Aku sudah jadi Raina. Raina berbeda sama BCL,” jelasnya.

Bagi peminat-peminat BCL di Malaysia, kami hidangkan anda dengan trailer filem baru lakonan BCL. Selamat menonton. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berhijabBunga Citra Lestari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagu Cinta Sejati Sentuh Emosi BCL

03/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Emosi penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) rapuh ketika menyanyikan lagu Cinta Sejati ciptaan Melly Goeslaw. Berulang kali...

Nor ‘Phoenix’ Diana Pencetus Wanita Berhijab Terlibat Gusti

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Begitulah perumpamaan untuk menggambarkan kejayaan seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd