• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pulihkan 182 Projek Swasta Terbengkalai Sehingga April

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memulihkan sehingga siap 182 projek perumahan swasta yang terbengkalai sejak 2009 hingga April tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata jumlah berkenaan melibatkan 32,641 pembeli rumah.

“Ia merupakan 80.5 peratus daripada 226 projek melibatkan 40,866 pembeli yang diisytiharkan sebagai terbengkalai dalam tempoh berkenaan,” katanya menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang ingin tahu usaha kerajaan bagi membantu pembeli yang menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai.

Mengulas lanjut, Halimah berkata baki 20 projek sedang dalam pelbagai peringkat pemulihan manakala 24 projek lagi sedang dalam perancangan awal pemulihan.

Beliau berkata kerajaan sentiasa membantu pembeli perumahan yang menjadi mangsa pemaju projek terbengkalai antaranya dengan mengambil langkah mengenal pasti pemaju yang berkeupayaan dan berpengalaman untuk melaksanakan pemulihan projek.

“Kerajaan juga melaksanakan pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai bagi kategori kos rendah dan kos sederhana rendah melalui peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Terdapat ‘Undertaking’, Komitmen Kewangan Kerajaan Bantu AirAsia? – Fadhli Shaari

Adakah Terdapat ‘Undertaking’, Komitmen Kewangan Kerajaan Bantu AirAsia? – Fadhli Shaari

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari meminta Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan jika terdapat 'undertaking', jaminan atau...

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd