• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pertimbang Laksana Sistem Insurans Pekerja – Najib

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan Sistem Insurans Pekerja (SIP) untuk menambah baik perlindungan sosial pekerja dan memudah cara pihak majikan menjalankan perniagaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara tersebut sedang dirumus secara terperinci melalui perbincangan dengan pihak majikan, pekerja serta pihak berkaitan.

“Sistem Insurans Pekerja kita sedang rumus butirannya, tetapi ia merupakan perkongsian antara tanggungjawab majikan dan pekerja, butirannya akan diumum selepas selesai proses pertemuan dengan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 yang bertemakan ‘Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi’ di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad.

Terdahulu, ketika berucap Najib berkata SIP bertujuan membantu golongan pekerja yang diberhentikan dengan menampung perbelanjaan mereka dalam tempoh mencari pekerjaan selepas diberhentikan, sekaligus mengurangkan kesusahan dan kemiskinan akibat kehilangan pendapatan.

Menurutnya SIP juga menyediakan perkhidmatan kaunseling pekerjaan bagi meningkatkan peluang untuk pekerja yang diberhentikan ini mendapat pekerjaan yang sesuai.

Najib berkata bagi majikan pula, latihan semula yang disediakan melalui SIP dapat meningkatkan kemahiran pekerja serta memudahkan pihak majikan menggaji pekerja yang mempunyai set kemahiran yang sesuai.

“SIP memberi ruang kepada majikan untuk menyesuaikan organisasi mereka dengan sebarang perubahan teknologi dan struktur perniagaan serta mengurangkan tekanan akibat kebankrapan atau pengecilan operasi,” katanya.

Menurutnya risiko konflik akibat pemberhentian kerja dapat dikurangkan kerana SIP akan memberi perlindungan kepada pekerja.

Beliau berkata pelaksanaan SIP merupakan antara ciri terpenting dalam mewujudkan dasar pasaran buruh aktif (ALMP) di Malaysia.

“Ketersediaan program perlindungan sosial yang proaktif bagi membantu warga pekerja dan pihak majikan mendepani cabaran ekonomi dunia bukan lagi satu pilihan, tapi satu kemestian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaanpekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd