• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Mekanisme Apungan Bebas Tentukan Harga Minyak

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan mekanisme pengapungan bebas bagi menggantikan pengapungan terkawal dalam menentukan harga runcit minyak.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata pelaksanaan apungan bebas mungkin memberikan impak positif dari segi persaingan antara pengusaha minyak yang akhirnya akan menguntungkan pengguna.

Bagaimanapun kajian secara menyeluruh, termasuk kesan terhadap pengguna dan pengusaha, perlu dijalankan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan, katanya.

“Kerajaan memang sedang mengkaji apungan terkawal secara bulanan sekarang ini digantikan kepada kaedah apungan bebas. Tetapi belum ditentukan sama ada harga minyak akan ditentukan setiap hari, seminggu sekali atau dua minggu sekali,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang meminta kepastian sama ada kerajaan mahu melaksanakan kaedah apungan bebas seperti di sesetengah negara maju dalam penentuan harga minyak negara ekoran ketidakstabilan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Sementara itu, beliau berkata menerusi mekanisme pengapungan terkawal yang dilaksanakan sekarang, harga minyak di negara ini masih antara yang terendah berbanding negara jiran lain, selain kerajaan tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas bahan api itu.

Menjawab soalan asal Mohd Suhaimi mengenai mekanisme mengekalkan harga minyak yang rendah, terutama RON95, untuk jangka masa tertentu, Chua berkata kerajaan buat masa ini akan meneruskan penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal yang dilaksanakan sejak 1 Dis 2014.

“Melalui mekanisme ini, harga runcit petrol RON95 dan diesel ditentukan berdasarkan purata harga pasaran sebenar bahan tersebut bagi bulan sebelumnya.

Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia menurun, harga runcit petrol RON95 dan diesel di stesen minyak juga akan menjadi lebih rendah, begitulah sebaliknya,” katanya.

Pada Mei ini, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM1.70 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter manakala diesel dijual pada RM1.55 seliter seperti bulan lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Chua Tee Yongharga minyak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hikmah El Nino, Rangsang Pembiakan Itik Serati

Next Post

Kaum India Sarawak Berdiri Teguh Di Belakang Adenan, BN

Related Posts

Mengapa Harga Minyak Tak Turun: Ini Penjelasan Rafizi

Mengapa Harga Minyak Tak Turun: Ini Penjelasan Rafizi

10/06/2024
1

NIBONG TEBAL : Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap di sini, malam tadi sedikit gamat apabila...

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

12/10/2022
0

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api...

Next Post

Kaum India Sarawak Berdiri Teguh Di Belakang Adenan, BN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd