• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kaji Manfaat Jambatan Ketiga P Pinang

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof dalam satu kenyataan media hari ini berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng yang akan menghantar surat kepada beliau bagi memohon pembinaan jambatan ketiga Pulau Pinang, pada minggu hadapan.

“Saya mengalukan surat itu. Pada masa sama, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Lim kerana mengesahkan Kerajaan Persekutuan tidak pernah menolak atau memberi kesukaran kepada kerajaan Pulau Pinang bagi menerima kelulusan membina jambatan ketiga sehingga memaksa kerajaan Pulau Pinang membina terowong bagi menggantikannya,” ujar beliau.

Fadillah berkata, beliau juga mengambil maklum YAB Lim turut mengakui bahawa beliau tidak mempunyai keberanian secukupnya untuk mengemukakan permohonan bagi kelulusan seumpama itu sebelum ini, biarpun mengakui fakta kos membina jambatan adalah lebih rendah sehingga RM2 bilion daripada pembinaan terowong.

“Kerajaan Persekutuan pada dasarnya dan kementerian ini khususnya komited dalam meningkatkan infrastruktur awam di Malaysia.

“Sebagaimana permohonan atau cadangan bagi projek pembinaan, kementerian ini akan membuat penilaian bagi setiap projek berdasarkan manfaatnya dan kos jangka panjang serta kebaikan untuk rakyat.

“Pada masa sama, ia termasuk permintaan daripada kementerian kepada kerajaan Pulau Pinang untuk turut mengemukakan kesemua dokumen berkaitan dengan permohonan mereka, termasuk kajian tiga projek yang menelan kos RM305 juta, di mana saya difahamkan sudah disiapkan atau hampir disiapkan, yang telah dilantik Kerajaan Pulau Pinang serta sudah dibayar,” jelas beliau lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kementerian Kerja RayaKerajaan Pulau PinangLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd