• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Gadis 18kg Didakwa Membunuh

oleh Ahmad Albab
17/05/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Bapa, ibu tiri dan dua adik-beradik kepada gadis berusia 22 tahun yang hanya seberat 18 kilogram (kg) ketika meninggal dunia, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh.

Empat beranak itu iaitu Anuar Jusoh, 49; isterinya, Murni Ahmad, 35; dan dua anak mereka, Siti Sarah, 21, serta remaja lelaki berumur 14 tahun didakwa membunuh Siti Hajar Anuar.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Cukai di sini pada pukul 10.45 malam, 26 April lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Nawawi.

Selesai prosiding, Anuar dihantar ke penjara Marang, Murni dan Siti Sarah ke penjara Bentong, Pahang manakala adik lelaki mangsa berusia 14 tahun itu ditempatkan di rumah perlindungan Rusila.

Mahkamah menetapkan 13 Jun untuk sebutan semula kes.

Kematian Siti Hajar menjadi tanda tanya apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat menunjukkan beliau kebuluran hingga hanya seberat 18kg dan terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya.

Berikutan itu, empat beranak tersebut telah ditahan dan akhirnya didakwa hari ini. – BERNAMA

Tags: kes bunuhKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd