• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaum India Sarawak Berdiri Teguh Di Belakang Adenan, BN

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Masyarakat India Sarawak berdiri teguh di belakang Tan Sri Adenan Satem dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) Sabtu ini, kata seorang pemimpin masyarakat kaum itu.

Kasih sayang masyarakat itu terhadap Tok Nan sudah lama wujud sejak 1980-an apabila beliau ketika itu Menteri Pembangunan Tanah negeri, dan membantu mengumpulkan dana untuk bangunan Persatuan India Kuching, serta melihat keperluan kaum India.

“Beliau insan yang baik dan mempunyai sikap penyayang, beliau seorang Ketua Menteri untuk semua kaum,” kata T.Komarusamy, Penghulu masyarakat India di Kuching.

Sarawak mempunyai penduduk India sebanyak 10,000 orang, dan kira-kira separuh daripada mereka adalah pengundi. Di Kuching sahaja, terdapat lebih 2,000 pengundi terutamanya di bandar Kuching, serta kawasan Batu Kawah dan Matang.

“Sejak dari dulu, masyarakat India menyokong BN kerana parti itu telah melakukan yang terbaik. Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan perubatan dan sekolah untuk rakyat,” katanya.

Komarusamy dilantik sebagai Kapitan India pada 2001, dan diangkat sebagai Penghulu pada 2010.

“Malah pada masa dulu, dalam jiwa Tan Sri Adenan sudah memikirkan tentang kebajikan kaum India, beliau akan menyertai kami pada perayaan Deepavali, dan menikmati lagu-lagu Tamil walaupun kami tidak mempunyai peralatan muzik yang bagus,” katanya.

Komarusamy berkata Adenan menerima kunjungan hormat daripada masyarakat India, tidak lama selepas beliau mengambil alih jawatan sebagai ketua menteri pada 2014.

Masyarakat India telah meminta Ketua Menteri melihat terhadap biasiswa bagi pelajar India, pekerjaan untuk kaum itu dalam perkhidmatan awam, perumahan dan juga bantuan untuk kuil-kuil.

Komarusamy juga menunjukkan keratan akhbar Adenan sedang menyalakan api dalam bekas diperbuat daripada tembaga ketika merasmikan Seminar Kebudayaan India Sarawak di Kuching pada 1993.

Pada majlis itu, Adenan berkata masyarakat India tidak akan dipinggirkan, sambil menambah: “Negeri ini adalah tanah air anda juga. Anda sebahagian daripada kami di Sarawak dan kerajaan mahu masyarakat India di Sarawak merasakan semangat kekitaan”. – BERNAMA

Tags: Masyarakat IndiaPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Kaji Mekanisme Apungan Bebas Tentukan Harga Minyak

Next Post

Babi Hutan Mati Tersangkut Di Pintu Pagar Sekolah

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Babi Hutan Mati Tersangkut Di Pintu Pagar Sekolah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd