• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Rampas Dadah RM500,000, Tahan Satu Suspek

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kastam Sabah merampas kira-kira satu kilogram dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM500,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 19 Mei lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Janathan Kandok berkata dadah itu disembunyikan dalam beg pakaian seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun ketika melalui kaunter pemeriksaan kastam di KKIA selepas tiba dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.50 petang.

“Ketika beg suspek diimbas, anggota kastam mendapati ada imej mencurigakan dan meminta lelaki berkenaan membuka beg itu.

“Dadah berkenaan dijumpai dalam satu paket minuman teh Cina yang disimpan di celah pakaian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Dr Janathan, berikutan penemuan itu, lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Dr Janathan berkata sejak 2012 hingga tahun ini, sebanyak 18 rampasan dadah jenis methamphetamine dan ganja bernilai kira-kira RM14 juta dilakukan.

Katanya daripada jumlah rampasan itu, 12 kes direkodkan di Kota Kinabalu, Sandakan (4) dan Tawau (2).

“Daripada semua kes itu, 21 suspek telah ditahan dengan 12 daripadanya adalah warga Malaysia,” katanya.

Dr Janathan berkata daripada jumlah suspek itu, enam daripadanya adalah wanita dan sembilan suspek telah dijatuhi hukuman gantung manakala selebihnya masih dalam proses mahkamah. – BERNAMA

Tags: KastamSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd