• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartunis Zoy Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Usus

oleh Ahmad Albab
05/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kartunis Zoy atau Mohd Zohri Sukimi, 57, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini, kira-kira 4 pagi tadi akibat komplikasi usus.

Beliau yang dikenali menerusi karya ‘Takluk Jagat’, ‘Pendekar Sijangkang’, dan ‘Keris Gajah Sewu’ juga merupakan bekas Ketua Unit Grafik Berita Harian yang bersara pada Disember 2014.

Menurut anak sulung Allahyarham, Mohd Iqbal Razi Mohd Zohri, 33, bapanya mula berkecimpung dalam dunia kartunis sejak di bangku sekolah dan karya-karyanya pernah diterbitkan di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Selain itu katanya, Allahyarham bapanya juga pernah menjadi kartunis tetamu untuk komik terkenal, ‘APO?’ selain karyanya yang masih diterbitkan di akhbar Berita Harian setiap hujung minggu.

“Walaupun arwah ayah telah bersara dua tahun lepas, beliau masih aktif menghantar karyanya kepada surat khabar itu dan masih diterbitkan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kelab Kartunis Malaysia, Buhairi Ramli pula menyifatkan kehilangan Mohd Zohri pastinya memberi impak besar dalam industri kartunis negara memandangkan Allahyarham merupakan pelopor kartun berciri pendekar.

“Dunia kartunis negara amat merasai kehilangan arwah Zoy kerana selama ini, beliau adalah rujukan kepada kami untuk menghasilkan karya berkaitan silat.

“Ini kerana beliau sendiri ada latar belakang dalam bidang persilatan dan pemergian arwah pastinya akan menyebabkan kami serta peminat merindui kartun-kartun silatnya,” katanya.

Allahyarham Mohd Zohri meninggalkan seorang isteri, empat orang anak serta tiga cucu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Sijangkang, Banting, dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi. – BERNAMA

Tags: Kartunismeninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd