• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Dan ATM Masih Belum Selesai Tunggakan Gaji Pemain

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih belum menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain bagi pasukan masing-masing.

Dalam satu kenyataan, Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) berkata sehingga hari ini, para pemain yang membuat aduan masih belum menerima pembayaran penuh atau sekurang-kurangnya skala pembayaran yang menunjukkan komitmen pasukan untuk menjelaskan tunggakan bayaran kepada mereka.

Tunggakan gaji lima pemain Kelantan berjumlah RM477,000 dan ATM pula berjumlah RM3.7 juta yang melibatkan 15 pemain.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) memberikan tempoh 90 hari, yang tamat pada hari ini, untuk pasukan terbabit menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji berkenaan.

“Bagi kes tunggakan pasukan KAFA, PFAM berasa kecewa apabila KAFA gagal mematuhi jadual bayaran gaji yang telah dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua pihak.

“Kes tunggakan pasukan ATM pula, sehingga kini, PFAM masih tidak menerima sebarang makluman berkenaan proses pembayaran yang ingin dibuat,” kata PFAM.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih tidak membuat keputusan berhubung rayuan Felda FC berhubung pembayaran pampasan kepada pemain Azrul Ahmad berjumlah RM220,000.

PFAM turut mencadangkan, memandangkan tarikh perpindahan pemain akan dibuka pada Jun, hukuman seperti sekatan pengambilan dan perpindahan pemain dikenakan ke atas pasukan yang masih ingkar untuk membuat bayaran selain dikenakan potongan mata. – BERNAMA

Tags: PFAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden PFA Nafi Dakwaan PFAM Berhubung Tunggakan Gaji Pemain Perlis

18/12/2018
0

BANGI – Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menafikan dakwaan Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bahawa mereka masih belum...

PFAM Sampai Sumbangan Kepada Adra Medina

15/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menyampaikan sumbangan RM9,637 hasil kutipan dana 'Titipan Sinar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd