• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Pelajar Sekolah Terlibat Dadah Semakin Meningkat

oleh Ahmad Albab
14/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Jumlah pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang dikesan terlibat dalam gejala dadah semakin meningkat walaupun pelbagai strategi dilaksanakan bagi membanterasnya, demikian menurut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK Izhar Abu Talib berkata statistik menunjukkan 717 pelajar berusia lingkungan 13 hingga 18 tahun dikesan terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah tahun lepas berbanding 622 pelajar tahun 2014.

“Hasil operasi dan pemeriksaan ujian air kencing, sejak Januari hingga April tahun ini, kami mengesan 50 pelajar terlibat dengan dadah. Jumlah itu daripada sebahagian operasi dan pemeriksaan yang dijalankan dan saya percaya sekiranya digiatkan berkemungkinan pelajar yang dikesan terbabit dengan dadah meningkat kepada empat ke lima kali ganda.

“AADK bimbang dan khuatir kegiatan itu menjadi ancaman kepada golongan belia akan datang, jadi kita perlu tingkatkan lagi strategi bagi memerangi dadah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah dan Kerjaya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Murni, di sini Sabtu.

Program sehari dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan itu diadakan bagi membentuk pembangunan sahsiah pelajar dalam membasmi najis dadah dengan melakukan aktiviti bermanfaat dan menyihatkan tubuh badan.

Izhar berkata faktor utama kebanyakan pelajar terlibat dengan aktiviti dadah adalah kerana sifat ingin tahu dan terpengaruh dengan rakan sebaya yang telah mengambil bahan terlarang berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata kerjasama semua pihak diperlukan dalam memerangi kegiatan dadah dan tidak hanya meletakkannya di bahu pihak AADK dan polis semata-mata.

“Ia penting kerana tugas membasmi kegiatan ini adalah tanggungjawab bersama dan berikutan itu AADK mengatur pelbagai strategi untuk mengeratkan hubungan bersama masyarakat di samping menubuhkan skuad sukarelawan dalam membendung aktiviti dadah terutama dalam kalangan pelajar,” katanya.

Katanya pihaknya juga mengadakan operasi secara berkala di 178 kawasan yang dikesan berisiko tinggi kegiatan penyalahgunaan dadah antaranya perkampungan nelayan, penempatan Felda dan perumahan rakyat di kawasan bandar. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd