• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan ‘Latah’ Buat Kenyataan Pindaan RUU Syariah

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tidak terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung usul pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata ketua-ketua parti komponen BN hendaklah mempamerkan tahap kefahaman yang lebih tinggi dalam sesuatu perkara dan tidak terpengaruh dengan tekanan pembangkang.

“Tidak manis apabila ada pemimpin kanan membuat kenyataan kalau dibentangkan di Parlimen nak meletakkan jawatan.

“Kita mengambil sikap cuba untuk memahami dan kita tidak tersasul kerana ia menunjukkan seolah-olah kita tidak ada kesatuan sesama kita sedangkan apa yang dibuat diputuskan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Arked Majis Amanah Rakyat (Mara) Kuala Kangsar di sini hari ini.

Annuar yang juga Pengerusi Mara berkata setiap anggota Parlimen mempunyai hak untuk meminta Abdul Hadi yang juga wakil rakyat Marang supaya memberikan penerangan dan penjelasan sebelum cadangan rang undang-undang berkenaan dibentangkan di Parlimen Oktober depan.

“Kerajaan tidak terikat dengan pembentangan ini kerana kita mempunyai lima pilihan iaitu muafakat semua sokong secara whip, tolak secara whip, sokong atau tidak, mengundi mengikut selera hati dan tidak mengambil bahagian langsung.

“Kita biar Abdul Hadi bentangkan dulu dan kita nak tengok kerana kita berpeluang kaji atau tolak apabila ia dibahaskan di Parlimen nanti,” jelas Annuar.

Pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul rang undang-undang itu bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaMahkamah SyariahRUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mencadangkan agar Mahkamah Syariah di seluruh negara melaksanakan prosiding sebutan kes secara...

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd