• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Taman Manggis Hangatkan Sidang Dun P.Pinang

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Isu tanah Taman Manggis yang disentuh pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri menghangatkan sidang dewan hari ini.

Pertikaian mengenai perkara itu bermula apabila Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo mendakwa demonstrasi bantahan penjualan tanah Taman Manggis pada 25 Mac lepas berpunca daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

“Mereka ini (BN) telah menghasut dan menyebabkan rakyat di Pulau Pinang berpandangan serong terhadap kerajaan negeri,” katanya.

Dakwaan Jagdeep itu menimbulkan kemarahan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid yang meminta wakil rakyat Datuk Keramat dari DAP itu mengemukakan bukti tuduhan itu.

“Saya mahu Yang Berhormat (YB) Datuk Keramat (Jagdeep) kemukakan bukti terhadap tuduhan tidak berasas ini. Semua kenyataan saya berhubung isu ini hanya bersifat komentar dan bukannya menghasut,” katanya.

Jagdeep kemudian berkata beliau mempunyai bukti bahawa Jahara menipu rakyat berhubung Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis yang telah ditolak dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 28 Mac 2007 yang turut dihadiri wakil rakyat Teluk Air Tawar itu.

Jahara bagaimanapun menegaskan beliau mengingati keputusan-keputusan yang dibuat dalam mesyuarat berhubung projek itu semasa Pulau Pinang di bawah pentadbiran BN.

Sementara itu, RSN Rayer (DAP-Seri Delima) menayangkan video berkenaan kenyataan Jahara yang disiar stesen televisyen TV3 pada persidangan dewan bagi menunjukkan bukti berhubung apa yang dipinta Jahara.

Perbuatan Rayer itu mencetuskan kejutan dalam dewan dan Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) meminta penjelasan daripada Speaker Datuk Law Choo Kiang sama ada rakaman video dibenar ditunjukkan dalam dewan.

“Ia (tindakan menayangkan video itu) perlu diminta izin terlebih dahulu,” jelas Law.

Pada 25 Mac lepas, sekumpulan badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), mengadakan demonstrasi berhampiran Jalan Burmah menuntut tanah di Taman Manggis dibangunkan untuk perumahan awam bagi golongan miskin. – BERNAMA

Tags: Taman Manggis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Ditangkap SPRM Selepas Mesyuarat Exco

29/06/2016
0

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan 'ditahan' Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan skandal banglo...

TV3 Tunda Debat Rahman Vs LGE Akur Nasihat PDRM, SPRM

16/04/2016
0

KUALA LUMPUR - Stesen popular TV3 telah memutuskan untuk menunda program siaran langsung perdebatan antara Datuk Abdul Rahman Dahlan menentang Lim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd