Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Hanya Kerana Menyanyi Pelajar...

BEIJING - Seorang pelajar universiti di China mati ditikam rakan sebilik di asramanya...

Fiji Buang Simbol Union...

SUVA – Pemerintah Fiji, sebuah gugusan pulau besar di Lautan Pasifik; akan membuang...

PRU: Ku Li Yakin...

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional...

Penyakit Ini Sering Terjadi...

UMAT Islam baharu sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun cerita seperti penyakit ini kebiasaannya datang...

Inilah Bahana Salah Guna Laluan Kecemasan

SUNGAI PETANI — Seorang lelaki maut manakala rakan
wanitanya, yang memandu lori cedera parah selepas lori dinaiki mereka terlibat
dalam kemalangan bersama empat kenderaan lain di KM111 Lebuhraya Utara Selatan
arah utara, di sini, pada 7.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata mangsa yang maut
dikenali sebagai Zaidi Mansor, 37, manakala rakannya yang belum dikenal pasti
identitinya, kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di
sini.

“Kemalangan terbabit melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah treler, sebuah
lori dan tiga kereta masing-masing jenis Perodua Viva dan Hyundai.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dari arah Butterworth menghala
Alor Setar, yang bergerak perlahan di laluan kecemasan kerana tayar pecah,
dilanggar dari arah belakang oleh lori dinaiki mangsa bersama rakannya, tiga
buah kereta yang tidak sempat mengelak kemudiannya melanggar lori terbabit,”
katanya kepada Bernama, hari ini.


Md Zukir berkata, akibat kemalangan itu, penumpang lori maut di tempat
kejadian, rakannya parah, manakala pemandu kenderaan lain hanya mengalami
kecederaan ringan.

“Mayat mangsa dibawa ke HSAH untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih
dijalankan,” katanya.– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori