• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru, Masyarakat Perlu Bekerjasama Lahirkan Pelajar Cemerlang

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Para pendidik dan masyarakat setempat perlu bekerjasama rapat dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang dan modal insan gemilang, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata selain bekerjasama dengan anggota masyarakat, guru juga perlu terus berusaha memperkaya diri sendiri dengan ilmu pengetahuan bagi memastikan keberkesanan mereka dalam mendidik generasi muda.

“Dalam konteks merealisasikan perubahan ke arah membina dan membangunkan modal insan yang gemilang, seseorang pendidik, seharusnya kaya ilmu, segar dan subur ciri kependidikannya,” katanya ketika berucap pada majlis Hari Guru Peringkat Daerah Tawau di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Ching di sini hari ini.

Mengenai sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun, Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu berkata hari guru banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru untuk mendidik anak bangsa.

Sebagai bekas guru, Hamisa berkata hari guru amat wajar diraikan setiap tahun bagi memberi pengiktirafan kepada kedudukan istimewa guru dalam masyarakat.

“Inilah satu-satunya cara terbaik untuk kita memberi ruang bagi menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan kita terhadap jasa guru yang tidak ternilai,” katanya.

Hamisa juga berkata, masyarakat seharusnya merasa bersyukur kerana setelah lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan negara telah berkembang dengan begitu pesat. – BERNAMA

Tags: Gurumasyarakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd