• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Didakwa Bantu Sembunyi Wang Curi RM211,844

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dakwaan membantu menyembunyikan wang tunai dipercayai harta curi berjumlah RM211,844.

Azizin Hamzah, 50, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Gambang di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Taman Tas Kuantan, pada 10.16 pagi, 13 April lalu.

Tertuduh yang beralamat di Taman Indera Sempurna di sini, didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Mohd Norazihan Adnan merayu supaya jaminan sebanyak RM5,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan kepada RM3,000 atas alasan tertuduh menanggung tujuh anak berusia antara 21 dan lapan tahun.

“Tertuduh juga pernah ditahan di balai polis Temerloh dan dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ini. Pada hari ini tertuduh hadir ke mahkamah bersama isteri dan kakak yang akan menjaminnya.

“Kami merayu supaya jaminan minimum dikenakan kerana tertuduh seorang penjawat awam dan tidak akan melarikan diri daripada hadir ke mahkamah,” katanya.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mei, tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatinah Abu Bakar. – BERNAMA

Tags: GuruKes Curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan percanggahan antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) dan kenyataan...

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd