• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Pencarian Tertumpu Di Daerah Sri Aman, Simunjan, Betong

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Fokus pencarian helikopter yang dipercayai hilang akan tertumpu di tiga daerah iaitu Sri Aman, Simunjan dan Betong.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada jam 8.20 malam dan telah menggerakkan pasukan anggota ke beberapa kawasan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita telah melancarkan pasukan mencari dan menyelamat untuk ke kawasan Sri Aman, Simunjan dan Betong,” katanya dalam sidang media di sini, malam ini.

Katanya lebih 100 anggota pasukan Polis Marin, Bomba, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi SAR ini.

“Tepat jam enam pagi esok pasukan Polis Marin dan unit helikopter PDRM turut akan bergerak ke lokasi bagi meneruskan operasi pencarian,” katanya.

Muhammad Sabtu juga menafikan dakwaan pihak tertentu yang helikopter berkenaan ditemukan di Sri Aman.

Beliau berkata identiti mereka yang berada di dalam helikopter itu belum boleh didedahkan lagi buat masa ini.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Beliau berkata cuaca dilaporkan hujan di kawasan Betong petang tadi. – BERNAMA

Tags: nahas helikoptersarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd