• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Penyamun Mati Ditembak

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Polis menembak mati empat penjenayah dipercayai terbabit dalam jenayah samun di kawasan Sungai Sekamat di sini, 6.15 pagi tadi.

Sebelum kejadian, sekumpulan lima suspek terbabit cuba memecah masuk banglo milik seorang jurutera di Taman Saujana Impian, di sini pada 3.15 pagi, namun gagal selepas alat penggera berbunyi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, susulan itu pemilik rumah bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digerakkan bagi memburu suspek.

Menurutnya, polis mengesan lima suspek berada di kawasan Sungai Sekamat sebelum mereka bertindak menyerang polis dengan menggunakan parang.

“Bagi mempertahankan diri, beberapa das tembakan dilepaskan menyebabkan empat penjenayah mati di lokasi kejadian.

“Manakala seorang lagi suspek melarikan diri namun pihak kami percaya suspek mengalami kecederaan selepas terkena tembakan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, sehubungan itu, gerakan memburu seorang lagi suspek sedang giat dijalankan dengan dibantu anjing pengesan K9 di sekitar lokasi kejadian.

“Pihak kami ingin memaklumkan kepada orang ramai, pihak hospital atau mana-mana klinik supaya menghubungi polis sekiranya ada individu yang cedera mahu mendapatkan rawatan.

“Setakat ini kita tidak dapat memastikan identiti suspek berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui. Suspek dianggarkan berusia lingkungan 20 hingga 30-an,” katanya. – myMetro Online

Tags: penyamunpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

‘Bersatu Untuk Apa? Penyamun Pun Bersatu Juga’ – PMX Anwar

‘Bersatu Untuk Apa? Penyamun Pun Bersatu Juga’ – PMX Anwar

19/07/2026
0

KINTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tujuan sebenar sesuatu penyatuan sambil menegaskan bersatu hanya bermakna jika ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd