Mynewshub pernah berkongsikan kisah Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menghadiahkan isterinya kereta mewah Bentley berharga RM1.5 juta.
Namun berlainan pula dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang lebih bersederhana apabila hanya membelikan sebuah kereta terpakai buat isterinya.
Tun Abdul Taib Hadiahkan Isteri Kereta Bentley RM1.5 Juta
David dikatakan telah membeli kereta terpakai berharga £1,500 (RM8,954) untuk kegunaan harian isterinya, Samantha Cameron.
Menurut penjual kereta terpakai tersebut, Iain Harris, 44, dia pada mulanya menyangkakan David ingin mencari kereta untuk pasukan sekuritinya.
David membeli kereta Nissan Micra di Minster Lovell, Oxfordshire, pada Jumaat lalu.

Menurut Iain, dia mengetahui mengenai keinginan David untuk membeli kenderaan itu selepas dia menerima panggilan dari pejabat perdana menteri di pusat jualan keretanya, Pusat Jualan Kereta Terpakai Witney.
Iain secara berjenaka berkata nasib baik kereta yang dipilih David berwarna biru, kalau merah sudah tentu-tentunya ia merupakan warna rasmi parti lawan kerajaan Britain, Labour Party.
David merupakan pemimpin Tory Party yang menampilkan warna biru sebagai warna rasminya. – MYNEWSHUB.CC

