• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daripada Mufti Kepada Ahli Politik, Dr Juanda Mahu Teruskan Kesinambungan BN

oleh Ahmad Albab
03/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Walaupun pernah menjadi mufti sebuah negeri menyeberangi Laut China Selatan, jauh meninggalkan kampung halaman, Datuk Dr Juanda Jaya tidak pernah melupakan asal usulnya di kawasan pedalaman Jemoreng, di mana beliau bertanding sebagai calon Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Baginya muka-muka yang ditemui beliau di kawasan ini kebanyakannya beliau kenal.

“Alhamdulillah, kempen dah dilakukan secara agresif. Semua penduduk di sini ialah sanak saudara, jiran dan kawan saya sejak kecil,” katanya yang merupakan anak jati Kampung Igan di Matu, di bawah DUN Jemoreng, kira-kira 70 km dari sini.

“Jadi saya pergi ke akar umbi berjumpa mereka bagi mendengar pandangan dan saranan selain meminta mereka meneruskan sokongan terhadap BN,” kata bekas mufti Perlis itu kepada Bernama.

Ketika ditanya apakah cabaran yang dihadapi sejak menceburi bidang politik, Juanda yang pernah menjadi timbalan mufti selama tiga tahun dan mufti enam tahun, berkata bidang politik mempunyai cabaran tersendiri yang amat berbeza dengan bidang agama yang diceburinya.

“Memang cabaran yang amat berat sebab sebagai agamawan kita banyak isu akademik, tapi dalam politik kita perlu gubal polisi yang berpadanan dengan keperluan rakyat,” kata Juanda.

Beliau ingin meneruskan kesinambungan BN dalam membangunkan kawasan luar bandar.

Juanda berkata rakyat luar bandar terutama di kawasan yang ditandinginya sudah merasai pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN Sarawak yang dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

“Sejak Tan Sri (Adenan) ambil alih jawatan Ketua Menteri, fokus beliau membangunkan kawasan luar bandar dan saya sebagai calon baharu amat menyambut baik usaha beliau kerana saya juga berasal dari luar bandar,” katanya.

Juanda berkata tidak banyak isu yang diutarakan oleh masyarakat di kawasan Jemoreng ketika beliau menjalankan kempen melainkan isu kesinambungan kepada proses pembangunan yang telah dijalankan.

“Kita sebagai calon baharu dengar apa lagi feedback rakyat terhadap kemudahan yang sedia ada antaranya berkaitan masalah jalan yang rosak dan perlu dibaiki selain masalah liputan talian telefon yang kurang meluas,” katanya.

Selain pernah memegang jawatan sebagai mufti, Dr Juanda, 45, juga merupakan bekas felo di Universiti Oxford United Kingdom.

Kerusi DUN Jemoreng bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Dr Juanda daripada BN, calon Amanah, Kiprawi Suhaili serta seorang calon Bebas Abdullah Saminan.

Sebanyak 9,699 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini.

Pada PRN Sarawak 2011, Abu Seman Jahwie daripada BN menang di Jemoreng dengan majoriti 2,926 undi menewaskan dua calon Bebas Asbor Abdullah dan Abdul Hafiz Noh. – BERNAMA

Tags: BNPRN Sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

Kenyataan ‘Meraikan’ Boleh Jejas Kerjasama PH, BN Dalam Kerajaan MADANI – Kian Ming

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan 'meraikan' yang ditulis bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd