• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Nelayan Filipina Dikasari Anggota TLDM Tidak Benar

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan awal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendapati dakwaan sekumpulan nelayan Filipina mereka digari, disepak dan ditumbuk oleh anggota pasukan itu selepas ditahan kerana menceroboh perairan negara pada 9 Mei lalu tidak benar.

TLDM dalam satu kenyataan media berkata, siasatan menyeluruh mengenai dakwaan itu bagaimanapun masih berjalan dan perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Tentera Laut Filipina.

“TLDM telah mengadakan satu siasatan bagi menyiasat perkara sebenar yang berlaku. Sehingga kini beberapa dakwaan oleh nelayan tersebut didapati tidak benar.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut secara menyeluruh dan teliti akan dilakukan oleh pihak TLDM. Pihak Tentera Laut Filipina juga telah sedia maklum tentang isu ini sebagai tanda perhubungan erat kedua-dua tentera laut,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebuah media tempatan baru-baru ini menyiarkan laporan media Filipina tentang dakwaan tiga nelayan negara itu mendakwa mereka ditahan dan dipukul oleh anggota TLDM.

TLDM berkata, dalam insiden itu, KD Laksamana Tun Abdul Jamil (KD LTAJ) mengesan pencerobohan nelayan Filipina terdiri daripada sebuah bot induk dan sebuah bot kecil dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Menurut TLDM, nelayan dalam bot induk terbabit telah diarah untuk menyerahkan dokumen bagi tujuan pemeriksaan dan bot induk itu menghantar tiga awak-awak mereka menaiki bot kecil ke KD LTAJ.

“Dua dari awak-awak tersebut telah naik ke kapal manakala pengendali bot kecil telah beredar dan terjun ke laut bagi mengelakkan diri daripada ditahan.

“Anggota TLDM menyelamatkan pengendali bot terbabit dan membawa ke kapal bersama-sama bot kecil. Setelah pemeriksaan dilakukan, KD LTAJ telah membenarkan tiga awak-awak tersebut kembali ke bot induk dan diarahkan keluar dari perairan negara,” kata TLDM.

Namun, kata TLDM, awak-awak berkenaan mendakwa mereka telah diberikan layanan yang tidak wajar serta dikasari sehingga mendatangkan kesan lebam di muka dan bot kecil mereka turut ditenggelamkan. – mynewshub.cc

Tags: NelayanTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd