• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Musim Sejuk Mungkin Ganggu Usaha Jejaki MH370

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan cuaca musim sejuk di selatan Lautan Hindi mungkin mengganggu operasi menjejaki pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia berkata apabila kawasan itu mengalami musim sejuk, ketinggian ombak di kawasan pencarian dijangka mencapai 12 meter dan tiupan angin sehingga 50 knot.

“Operasi pencarian yang telah berlarutan seloama dua tahun mungkin terganggu tetapi akan disambung semula apabila keadaan cuaca mengizinkan,” kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang dari imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Operasi pencarian kini tertumpu di selatan Lautan Hindi, yang dipercayai sebagai tempat penerbangan MH370 bersemadi.

Setakat ini, JACC berkata operasi pencarian telah meliputi lebih 105,000 kilometer persegi di dasar laut.

Tiga buah kapal iaitu Fugro Discovery, Fugro Equator dan Dong Hai Jiu 101 kini menjalankan operasi di kawasan pencarian di Lautan Hindi.

Agensi itu berkata keadaan cuaca yang buruk mendorong anak kapal Fugro Discovery mendapatkan kembali kenderaan tunda yang hilang dan mengelakkan keadaan cuaca pada 8 Mei.

Ia dijangka berlepas ke pelabuhan Fremantle, Australia hari ini, manakala Fugro Equator meninggalkan Fremantle menuju kawasan pencarian pada 6 Mei tetapi cuaca buruk memperlahankan pelayarannya ke kawasan pencarian.

“Dong Hai Jiu 101 telah selesai menguji sistem kenderaan tunda SLH-ProSAS-60 dan belayar menuju kawasan pencarian pada 10 Mei,” kata agensi itu. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd