• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Umum Calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

oleh
24/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) bakal mengumumkan secara rasmi calon yang akan mewakili gabungan tersebut untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor pada Jumaat pukul 8 malam.

Ia diawalkan sehari daripada tarikh asalnya iaitu 28 Mei, kata Setiausaha BN Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz, sekali gus dibuat serentak dengan PAS yang turut berhasrat mengumumkan calon mereka pada hari tersebut.

Mengikut perancangan jadual ditetapkan, UMNO akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi di ibu pejabat parti berkenaan pada petang Jumaat beberapa jam sebelum pengumuman nama calon tersebut dilakukan.

Manakala untuk PRK Kuala Kangsar di Perak pula, ia bakal diadakan pada keesokan harinya iaitu 28 Mei sekitar pukul 4 petang bertempat di Command Centre BN Parlimen Kuala Kangsar.

Semua pemimpin tertinggi BN dijadualkan hadir dalam kedua-dua majlis tersebut. Calon UMNO dijangka mengisi kekosongan dua kerusi tersebut yang secara tradisi ditandingi parti tunjang BN berkenaan sejak sekian lama.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos pada Selasa lalu mengulangi pendirian bahawa dirinya tidak berminat langsung untuk menjadi calon BN pada PRK Parlimen Sungai Besar.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan menumpukan segala usaha memastikan BN mengekalkan kerusi berkenaan malah meraih kemenangan dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum pada 2013 lalu.

“Saya mengulangi pendirian tidak berminat untuk bertanding pada PRK Sungai Besar dan dengan pendirian saya ini, saya berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi berhubung isu calon PRK Sungai Besar,” katanya.

Sementara itu, PAS bakal mengumumkan calon bagi bagi kedua-dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jumaat ini di sebalik ada beberapa parti pembangkang lain dari Pakatan Harapan yang turut berminat.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata pengumuman tersebut akan dilakukan di kawasan parlimen masing-masing sekali gus memberi isyarat mereka tidak tunduk kepada tekanan mana-mana parti pembangkang.

“Kita dijangka mengumumkan identiti calon PAS pada Jumaat ini dan lokasinya pula akan diumumkan kemudian,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang kepada wartawan di lobi parlimen di sini pada Selasa.

Hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 5 Jun depan. Pengundian awal pula akan dilakukan pada 14 Jun manakala hari pengundian adalah pada 18 Jun.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata PAS tetap dengan pendiriannya untuk kekal meletakkan calon bertanding pada kedua-dua PRK yang dianggap sebagai kerusi tradisi parti itu sejak sekian lama.

Pakatan Harapan sehingga kini masih belum menentukan parti serta calon yang akan bertanding bagi kedua-dua PRK tersebut dalam usaha memastikan berlaku hanya pertandingan satu lawan satu dengan wakil BN.

PRK itu diadakan susulan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Anggota Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lalu. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kuala KangsarPRKSungai Besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd