• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berdepan ‘Bujang Senang’, Cabaran Bagi Anggota SAR

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Terserempak dengan kira-kira 30 ekor buaya di Sungai Batang Lupar, dekat sini, antara cabaran dihadapi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter sejak hari pertama operasi bermula, Khamis.

Ketua Balai Bomba Sri Aman, Mohammad Raffy Saibi berkata kehadiran buaya itu disedari anggotanya bersama petugas Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan tentera ketika menjalankan operasi SAR pada hari berikutnya.

“Operasi SAR dijalankan pada waktu siang dan malam mengikut kesesuaian, pada Jumaat malam beberapa bot membawa anggota bomba, JPAM dan tentera telah membuat operasi di sekitar Sungai Batang Lupar.

“Memang terkejut apabila dimaklumkan anggota mengenai kehadiran haiwan ganas itu, tetapi sejak awal lagi kami dinasihatkan oleh polis supaya setiap pergerakan di sungai itu perlu turut disertai anggota tentera bersenjata,” katanya kepada Bernama.

Mengakui ini merupakan kes berprofil tinggi perlu diuruskan, Mohammad Raffy berkata ia merupakan cabaran paling sukar dalam kerjaya sebagai anggota penyelamat.

“Sebelum ini saya biasa kendalikan kes orang hilang di sungai tapi tidaklah besar macam kes ini,” katanya yang sudah 10 berkhidmat sebagai anggota bomba.

Mohammad Raffy, 41, juga Ketua Bomba Zon II Sarawak, berkata selain ancaman buaya, air cetek sering menyukarkan operasi kerana mengakibatkan enjin bot tersangkut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Othman Sulaiman, 53, yang sudah berkhidmat 33 tahun, berkata kaedah pencarian konvensional agak mencabar.

Namun begitu, katanya kerjasama erat antara semua agensi itu memudahkan perjalanan operasi itu berjalan dengan lancar.

Dalam tragedi Khamis lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350, yang dinaiki lima penumpang serta juruterbang, dipercayai terhempas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau.

Kesemua mangsa terkorban termasuk timbalan menteri Perusahaan Perladangan, dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya Asmuni Abdullah.

Selain itu turut maut adalah Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas. – BERNAMA

Tags: Buayanahas helikopteroperasi SAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DAP Akur Kehendak Rakyat Sarawak

Next Post

Najib Ingatkan Calon Menang ‘Tidak Lupa Janji’

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Lelaki Maut Disambar Buaya

Lelaki Maut Disambar Buaya

19/12/2024
0

KUCHING : Buaya mengganas lagi dengan terbaharu serangan berlaku di Asajaya, Samarahan dalam kejadian petang membabitkan seorang lelaki. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Najib Ingatkan Calon Menang 'Tidak Lupa Janji'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd