Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Dulu Tuduh Najib Jual...

SINDIR... Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan terhadapnya yang...

Memo Kepada RoS: Polis...

PUTRAJAYA - Polis hari ini memanggil tiga anggota Pemuda Pakatan Harapan untuk mengambil...

Video Seks Mirip Pelakon...

SATU video seks yang dikatakan mirip dengan seorang pelakon lelaki tular di media...

Usul Pinda RUU 355...

KUALA LUMPUR - Usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah...

Bayi Kembar 27 Hari Jadi Pemuas Nafsu Bapa

AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki berusia 49 tahun dijatuhi hukuman penjara 22 tahun akibat melakukan penderaan seksual terhadap anak kembarnya.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu mengaku bersalah pada Khamis lalu atas 38 tuduhan termasuk 20 daripadanya melakukan perbuatan sumbang dan dua lagi membabitkan tuduhan menyeludup kanak-kanak.

Tuduhan menyeludup dikenakan kepadanya kerana pendakwa raya berkata lelaki itu mengaku membawa bayi kembar itu dari ibu tumpangnya ke Australia untuk khidmat seks.

Laporan The Age mengatakan bayi perempuan kembar berkenaan berusia 27 hari semasa penderaan seksual ke atas mereka mula dilakukan.

Lelaki itu juga mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan lain termasuk menghasil dan mengedarkan bahan-bahan penderaan kanak-kanak dan satu tuduhan mengambil gambar dari bawah skirt wanita di dalam kereta api.

Serbuan yang dijalankan di rumah suspek juga telah mendedahkan video dan gambar penderaan ke atas dua orang anak saudaranya sejak tahun 2009 semasa mereka berusia 4 dan 5 tahun.

Simpanan fail di komputer turut mendedahkan bahawa dia telah melakukan penderaan seksual terhadap bayi kembarnya beberapa hari selepas mereka tiba di Australia.


Bayi kembar itu kini berada di bawah jagaan Jabatan Khidmat Kesihatan dan Manusia.

Bekas isteri lelaki tersebut bagaimanapun disabitkan tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak bersalah dalam jenayah yang telah dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita Media Corp

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori