• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat: Mangsa Boleh Saman PBT

oleh Ahmad Albab
21/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di ibu kota baru-baru ini, boleh menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di mahkamah, namun perlu mempunyai bukti yang disokong oleh pakar berkaitan.

Peguam di firma guaman swasta, Syahredzan Johan berkata mangsa perlu mengemukakan bukti berkaitan kecuaian atau kelonggaran tanggungjawab oleh PBT sehingga boleh menyebabkan berlaku bencana sebegitu.

“Sebagai contoh, dalam kes ini mangsa boleh dapatkan pakar dalam bidang kejuruteraan yang akan memberi keterangan mewakili pihak mangsa di mahkamah.

“Keterangan yang diberikan adalah berdasarkan bukti-bukti antaranya keterangan daripada saksi, keratan akhbar, gambar insiden dan resit yang melibatkan pembayaran kerosakan aset mereka ekoran kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata proses melibatkan pakar ini biasanya memerlukan kos yang tinggi dan hal itu membuatkan mangsa menganggap ia membebankan dan seterusnya bertindak ‘angkat tangan’ untuk menyaman pihak berkuasa.

“Tetapi sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman tersebut kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan,” katanya.

Namun, beliau turut menggesa PBT agar segera mencari jalan penyelesaian dan bukan menunggu sehingga diambil tindakan oleh mangsa, baharu mahu bertindak.

“PBT perlu tengok semula apa yang perlu dibuat untuk selesaikan permasalahan banjir kilat di ibu negara, hal ini kerana ia melibatkan banyak kerosakan dan kerugian orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia berdepan dengan saman oleh mangsa banjir kilat baru-baru ini.

“Jika mereka nak saman, DBKL hanya menunggu kes didengar di mahkamah nanti. DBKL mempunyai peguam khas untuk menyelesaikan urusan ini,” katanya kepada Bernama melalui mesej WhatsApps.

Buat masa ini, DBKL sedang membuat pemeriksaan dan pembersihan keseluruhan sistem saliran di kawasan banjir serta beberapa kawasan lain yang dikenal pasti akan terbabit dengan bencana alam itu.

Pada 12 Mei lalu, kejadian banjir kilat di beberapa jalan utama di ibu negara antaranya di Jalan Pantai Baru dan Jalan Tuanku Abdul Halim telah menjejaskan lebih 100 kenderaan yang terperangkap. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd