• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Babun’ Lari Keluar Kandang Mahkamah

oleh AK-47
20/05/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Tarmizi Yaakob juga dikenali sebagai ‘Babun’ yang didakwa membunuh dan merogol seorang pelajar perempuan yang juga kekasihnya di Teluk Kumbar, Oktober tahun lalu, bertindak luar dugaan.

Dia dikatakan sanggup melompat dari kandang tertuduh dan melarikan diri keluar dari Mahkamah Seksyen di sini semalam, lapor Harian Metro.

mizziz.jpg_1463665055

Dalam kejadian pukul 9.45 pagi itu, Tarmizi, 20, yang dibawa ke mahkamah bagi sebutan semula kes, mengambil kesempatan melarikan diri ketika hakim menangguhkan sidang mahkamah buat seketika.

Ketika itu, hakim masuk ke biliknya dan anggota polis sedang membuat pengasingan antara Tarmizi dan tiga lagi Orang Kena Tuduh (OKT) selepas selesai prosiding mahkamah.

Bagaimanapun, Tarmizi melompat dari kandang dan melarikan diri melalui laluan keluar lokap mahkamah dengan menendang pintu sebelum dikejar oleh anggota polis, namun dia berjaya melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Razarudin Husain berkata, lelaki itu melarikan diri hingga ke jalan utama dan cuba bersembunyi di rumah penduduk yang terletak kira-kira 80 meter dari mahkamah berkenaan.

“Ketika kejadian anggota Balai Polis Balik Pulau yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan itu, terserempak dengan tertuduh sebelum berjaya menahannya dan membawa dia pulang ke mahkamah.

“Dia hanya dapat melarikan diri tidak sampai setengah jam dan dia kemudian dibawa ke mahkamah untuk mendengar sebutan semula kes bunuh dan rogol dihadapinya,” katanya.

Menurut Razarudin, anggota polis yang bertugas ketika itu sudah diambil keterangan dan mereka mendakwa tertuduh ketika itu dilihat dalam keadaan tertekan sebelum melarikan diri.

“Kita akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tarmizi dibawa dari lokap Penjara Sungai Petani, Kedah, ke Mahkamah Sesyen, di sini, untuk sebutan semula kesnya mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dia dituduh membunuh remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga teman wanitanya di Teluk Kumbar, dekat sini, antara  pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam 25 Oktober lalu.  - Sumber Harian Metro

Tags: babunkes mahkamahsuspek lari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd