• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Mahu ‘Satu Lawan Satu’ Di PRK Parlimen Sungai Besar

oleh Ahmad Albab
18/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABAK BERNAM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berharap parti pembangkang mengekalkan prinsip ‘satu lawan satu’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar bulan depan.

Menteri Besar Selangor itu berkata parti pembangkang perlu mengambil iktibar daripada kekalahan mereka pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 baru-baru ini yang melihat pertindihan beberapa kerusi antara mereka menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 72 daripada 82 kerusi.

“Ini adalah masa terbaik untuk semua parti dalam pembangkang bersepakat bagi memastikan pertarungan satu lawan satu menentang BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Stesen Bas Sungai Besar Sentral dan pelancaran bas percuma ‘Smart Selangor’ Daerah Sabak Bernam, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada akan wujud pertembungan sesama pakatan pembangkang dalam PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata pihaknya sudah pun mengadakan perbincangan awal bersama Parti Amanah Negara (Amanah), PAS dan DAP berhubung PRK itu dan PKR serta rakan sekutunya (DAP dan Amanah) belum memutuskan calon yang layak untuk bertanding menentang calon BN.

PKR itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Azmin AliPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd