• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asing Sisa Pepejal: Penguatkuasaan Kompaun Bermula Jun Ini

oleh Ahmad Albab
16/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bermula Jun ini, pemilik kediaman yang gagal membuat pengasingan sisa pepejal di rumah akan dikenakan kompaun, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata bagi premis bertanah, pemiliknya akan dikenakan kompaun sebanyak RM50 untuk kesalahan pertama, RM100 bagi kali kedua dan RM500 untuk kesalahan berikutnya.

Bagi premis bertingkat, kadar kompaun yang akan dikenakan ke atas Badan Pengurusan Bersama adalah sebanyak RM100 bagi kesalahan pertama, diikuti RM200 dan RM500 untuk kesalahan kedua dan ketiga.

“Pelaksanaan ini merupakan sebahagian daripada Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disusun kementerian ke arah mewujudkan suasana kehidupan yang kondusif, lestari dan memberikan kesejahteraan kepada penduduk setempat.

“Namun, saya amat berharap masyarakat dapat melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca sebagai tanggungjawab bersama, sekali gus mengelak kompaun ini dikenakan,” katanya dalam ucapan pada perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Bermula 1 September tahun lepas, kementerian menguatkuasakan Akta 672, iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang mewajibkan pemilik kediaman mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori seperti kertas, plastik dan lain-lain.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata untuk sembilan bulan pertama pelaksanaannya, iaitu sehingga 31 Mei, mereka yang tidak mengasingkan sisa pepejal dengan betul hanya akan dinasihat dan diingatkan untuk melakukannya dengan cara yang betul.

Negeri yang terlibat dengan pelaksanaan itu ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata sebanyak 1,099 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) telah dilawati pihaknya menerusi ‘Ops Sejahtera Komuniti’ bagi mengesan kesalahan penyewaan kepada pihak ketiga, tunggakan bayaran sewa dan penyalahgunaan unit rumah.

Daripada jumlah itu, katanya 377 unit didapati telah tertunggak sewaan manakala 68 disewakan kepada pihak ketiga dan notis peringatan dan notis penamatan telah diberikan kepada penyewa yang ingkar.

Sejak dilancarkan pada Mac lepas, kementerian melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menjalankan empat ‘Ops Sejahtera Komuniti’ iaitu di PPR Jalan Sagindai, Sabah, PPR Pudu Ulu, Kuala Lumpur, PPR Taman Dahlia, Langkawi, Kedah dan PPR Taman Sri Stulang, Johor, katanya. – BERNAMA

Tags: PBTSisa Pepejal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd