• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Dirogol 3 Kali, 3 Lokasi Dalam Masa 20 Minit Di Singapura

oleh AK-47
05/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki di Singapura, didakwa merogol seorang wanita berusia 24 tahun sebanyak tiga kali, di tiga tempat berbeza dalam masa 20 minit.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebatang jalan dari Martin Road menuju ke River Valley Close, Singapura pada malam menjelang Tahun Baru Cina pada 2013.

Lim Choon Beng, 26, mengaku tidak bersalah atas tujuh dakwaan yang dikenakan ke atasnya termasuk tiga tuduhan merogol, ketika mula dibicarakan di mahkamah pada 3 Mei lalu.

Lim yang diwakili peguam Mr Anand Nalachandran di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia “tidak ingat apa yang dilakukannya.”

Mangsa, iaitu saksi pertama pihak pendakwa, merupakan seorang artis yang berasal dari China. Satu perbicaraan secara tertutup telah diadakan bagi melindungi identitinya.

Timbalan Pendakwa Raya Lin Yinbing dalam satu kenyataan pembukaannya memberitahu, mangsa yang kini 27 tahun memberikan keterangan bagaimana dia telah dirogol dan diserang secara seksual di atas jalan raya.

Pihak pendakwa dijangka mendapatkan beberapa saksi, termasuk seorang wanita yang menghubungi polis setelah menyaksikan serangan itu, dan seorang pemandu wanita yang membawa mangsa ke balai polis.

Pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan forensik untuk membuktikan kes terhadap Lim.

Mahkamah difahamkan bahawa DNA milik Lim ditemui pada coli mangsa. Turut dikesan, darah mangsa pada pakaian dan seluar dalam Lim. – MYNEWSHUB.CC

Tags: rogolWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd