• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dikejar Ke Hospital, Tekanan Darah Tidak Stabil

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah yang tidak stabil, kata peguamnya, Sivarasa Rasiah di Facebook pada Isnin malam.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital akibat darah tinggi yang tidak stabil. Sama-sama kita doakan untuk beliau,” kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

Anwar menyuarakan kebimbangan mengenai kesihatannya pada Julai 2015, dengan peguamnya meminta supaya beliau ditempatkan sebagai tahanan rumah kerana keadaan kesihatannya merosot, sambil menambah Anwar tidak diberikan akses yang sewajarnya untuk mendapatkan rawatan di penjara.

Bagaimanapun, panel yang terdiri daripada 11 pakar perunding kanan Hospital Kuala Lumpur memeriksa keadaan kesihatan Anwar tetapi tiada yang mengesyorkan fisioterapi intensif.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 2015 bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. – mStar Online

Tags: Anwar Ibrahimkesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd