Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pasangan Warga Emas Gembira...

PASANGAN warga emas di Amerika Syarikat, Leo dan Ruth Zanger sangat gembira menyambut...

“Saya Menafikan Sekeras-Kerasnya Tuduhan...

SAYA merujuk kepada laporan media hari ini berhubung fitnah dan tuduhan seorang individu...

Pulau Pinang Guna Tema...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menarik balik tema 'Bersih, Cekap, Amanah' untuk...

Isnin Depan Penentu Nasib...

PETALING JAYA - Isnin depan, 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bakal menerima...

Aiskrim ‘Obama Kecil’ Cetus Kemarahan

Moscow – Sebuah syarikat Russia mencetuskan kemarahan pegawai Amerika Syarikat apabila cuba meraih keuntungan daripada hubungan keruh antara Moscow dan Washington dengan menjual aiskrim yang dinamakan ‘Obama Kecil.’

Produk itu, ‘Obamka’ dalam bahasa Russia, berlapiskan coklat dan mempunyai imej seorang budak Afrika yang memakai anting-anting tersenyum sambil memegang aiskrim pada bungkusannya.

Dengan hubungan berada pada tahap paling rendah selepas campur tangan Russia di Ukraine dan Syrria, media di negara itu dan aktivis Kremlin sering memperolok-olokkan Presiden Barack Obama yang disifatkan pegawai Amerika Syarikat sebagai menghina dan rasis.

Bagaimanapun, syarikat terbabit, Slavitsa, dalam kenyataannya berkata, ia sebahagian daripada usaha untuk menggambarkan karakter kanak-kanak. .


“Bagi mereka yang suka berimaginasi, pelbagai tafsiran boleh timbul. Aiskrim ini tidak ada kena mengena dengan politik,” kata syarikat itu.

Seorang pegawai Amerika yang enggan namanya didedahkan berkata, dia melihat aiskrim itu sebagai satu lagi trend menghina. – AFP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori