Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

13 Pelatih PUSPEN Gambang...

KUANTAN - Seramai 13 pelatih lelaki Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang di...

“Saya Bukan Nak Populariti”...

SEREMBAN - "Saya bukan nak populariti, tetapi saya mahu berkhidmat kepada masyarakat. Saya...

Abu Hassan Din Dilarang...

JOHOR BAHRU - Tokoh agamawan tanah air, Datuk Abu Hassan Din dilarang untuk...

Wan Azizah Umum Shafie...

GEMPAR... Jika sebelum ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertindak biadab mendahului...

KKM Tarik Balik Aiskrim Haagen-Dazs

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menarik balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF).

“Notifikasi tersebut menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanilla dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan.

“Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia. Sejak isu tersebut dilaporkan, notifikasi diterima oleh pihak KKM pada bulan Julai 2022,” ujarnya dalam satu kenyataan dikeluarkan KKM hari ini.

Justeru, Noor Hisham menyatakan tindakan yang sewajarnya telah diambil di mana pihak syarikat yang mengimport telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela.


“Pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini. ETO merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

“ETO juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan,” katanya.

Sehubungan itu, KKM tegas untuk sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori