• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Caci Calon BN Mahu Jadi Calon Bebas

oleh
31/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mana-mana ahli UMNO yang bertanding atas tiket bebas dalam sebarang pilihan raya akan digugurkan keahliannya secara automatik, jelas Ketua Penerangannya, Tan Sri Anuar Musa di sini, hari ini.

UMNO ujar beliau memang mempunyai peraturan tersendiri yang sewajarnya dipatuhi oleh semua ahli parti namun pada masa sama tidak pernah menghalang usaha mana-mana individu untuk bertanding menjadi calon bebas.

“Semua orang ada hak dalam perlembagaan, sesiapa mahu bertanding di mana-mana juga boleh, cuma dalam UMNO kita ada peraturan iaitu ahli yang bertanding menentang calon BN maka keahliannya gugur automatik.

“Tetapi kita tidak halang siapa sahaja yang mahu bertanding,” kata Anuar ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra sebagai mengulas hasrat seorang ahlinya sebagai calon bebas pilihan raya kecil (PRK) di Kuala Kangsar.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail itu mengumumkan dirinya bakal bertanding menentang calon BN, Datin Mastura Mohd. Yazid.

Keputusan itu diambil kerana konon mendakwa dirinya berasa kecewa dengan langkah kepimpinan BN yang menurunkan balu Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad untuk PRK Parlimen berkenaan pada 18 Jun nanti.

“Saya selaku ahli UMNO berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh layak daripada Mastura yang dicalonkan,” kata Syed Rosli dalam laman sosial Facebooknya.

Ahli UMNO Caci Calon BN Mahu Jadi Calon Bebas

Ahli UMNO Caci Calon BN Mahu Jadi Calon Bebas

Bagaimanapun bagi yang mengenali dirinya, tindakan beliau itu bukan pelik kerana semasa pemilihan UMNO pada 2013, Syed Rosli sudah mencelah cuba bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia namun kalah teruk.

Tindakan terbaharu itu kini dilihat tidak lebih sekadar hendak ‘kacau daun’ pada PRK Kuala Kangsar pula dengan berselindung menggunakan alasan calon BN sebagai bukan penduduk kawasan Bandar Diraja Perak tersebut.

Menerusi Facebook beliau, Syed Rosli mendakwa konon dirinya terpaksa bertanding kerana kedua-dua calon BN iaitu Mastura dan lawannya, calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad bukan anak tempatan Kuala Kangsar.

Mastura didakwa Syed Rosli sebagai berasal dari Negeri Sembilan (fakta sebenarnya Kelantan) manakala Dr. Najihatussalehah dari Pasir Salak, Perak berbanding dirinya sendiri yang memang berasal dari Kuala Kangsar.

Dikenali sebagai ‘kaki bising’ dalam parti umat Melayu Islam itu, Syed Rosli sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai pihak apabila mencaci Mastura di Facebook dengan kata-kata tidak wajar termasuk dakwanya gila kuasa.

Kenyataan penghinaan oleh Syed Rosli itu dianggap ramai netizen sebagai amat keterlaluan dan tidak sensitif apatah lagi Mastura baru saja ditimpa tragedi kematian suami dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei.

Timbul persoalan beginikah akhlak bakal calon bebas itu yang ternyata sungguh biadap belum pun dipilih menjadi wakil rakyat sekali pun beliau mungkin tidak bersetuju dengan kepimpinan parti dalam sesuatu isu semasa.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BNKuala KangsarPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd