• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Helikopter: Adam Mukhriz Amat Merindui Noriah

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Adam Mukhriz, 3, anak angkat kepada Datuk Noriah Kasnon amat merindui ibunya itu.

Perkara itu diluahkan anak saudara kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkenaan, Ummu Hani Asaidah Abdullah ketika ditemui pemberita di Kampung Batu 12 di Sungai Burong, Tanjung Karang di sini, malam Jumaat.

Ummu Hani yang menjaga kanak-kanak lelaki itu sejak Khamis berkata Adam kelihatan bertambah gelisah setiap kali apabila dia bertanya mengenai ibunya.

“Kadang-kadang dia hanya termenung kosong dan ada kalanya dia bertanya di mana ibunya.

“Saya tidak tahu apa lagi yang patut diperkatakan selain memberitahu bahawa ibunya akan segera balik.

“Saya sangat sedih,” katanya.

Ummu Hani dilihat mendukung Adam dan kanak-kanak itu tidak sedar apa yang berlaku ke atas Noriah yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Sarawak.

“Adam sangat rapat dengan Datuk Noriah yang menjaganya sejak dia masih bayi lagi.

“Ia benar-benar menyedihkan, berfikir bagaimana untuk memberitahunya apa yang telah berlaku kepada mama,” kata Ummu Hani.

Difahamkan anak-anak Noriah akan menjaga kanak-kanak lelaki itu selepas pemergian ibu mereka.

Noriah mengambil Adam yang ditinggalkan di Sungai Burong di sini sebagai anak angkat tiga tahun lalu.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2013.

Noriah bersama suaminya, Asmuni Abdullah antara penumpang yang berada di dalam helikopter yang dinaiki bersama empat lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang Khamis.

Turut menaiki helikopter sama ialah Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr. Sundaran Annamalai.

Pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas turut menaiki pesawat malang tersebut. – mStar Online

Tags: nahas helikopterNoriah Kasnon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd