Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

‘Pemberian Itu Satu Sedekah’...

KUALA PILAH: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh...

Yuran Universiti Awam Naik...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menafikan bahawa kadar yuran universiti...

Tuan Ibrahim Minta Penyokong...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli...

Hillary ‘Tangkap’ Bill Clinton...

KETIKA semua mata tertumpu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45, Donald Trump pada...

58 Pati Ditahan Dalam Serbuan Di Nilai

SEREMBAN – Seramai 58 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu pencegahan jenayah yang dijalankan di kawasan pembinaan di Nilai dekat sini, kira-kira pukul 7.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata mereka yang ditahan adalah antara 65 orang pendatang asing yang diperiksa dalam serbuan di kawasan pembinaan itu.

Beliau berkata seramai 88 pegawai dan anggota polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara terlibat dalam operasi selama tiga jam setengah itu.

“Tangkapan merupakan 51 lelaki dan tujuh wanita terdiri daripada 46 warga Indonesia, lima Bangladesh, Vietnam (enam) dan Myanmar (satu).


“Dalam operasi ini, sebanyak 27 buah rumah kongsi juga dirobohkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kesemua tangkapan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori