• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

42 Rumah Setinggan Di Kampung Sembulan Lama Dirobohkan

oleh Ahmad Albab
03/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebanyak 42 rumah setinggan di Kampung Sembulan Lama, di sini, dirobohkan dalam satu operasi bersepadu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama polis, agensi penguatkuasa dan jabatan lain, pagi tadi.

Mayor Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata operasi itu dibuat berikutan struktur rumah yang dibina adalah tidak mengikut undang-undang dan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, Yeo berkata, pihaknya turut menerima aduan daripada penduduk setempat yang mendapati terdapat banyak individu yang tidak dikenali identiti mendiami perkampung berkenaan.

“Sebelum ini, kami sudah mengeluarkan notis amaran (mengosongkan rumah dan berpindah) kepada mereka yang terlibat sejak sebulan lepas. Oleh kerana masih ada individu tidak berbuat demikian, maka kami melakukan operasi ini,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M Chandra berkata pihaknya dengan kerjasama DBKK dan agensi penguatkuasa lain turut membuat operasi bersepadu pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan terbabit bermula pukul 2 pagi hingga 6 pagi tadi.

“Seramai 135 penduduk sekitar Kampung Sembulan ini telah ditahan untuk pendokumentasian,” katanya, dan menambah proses pendokumentasian kini sedang dibuat oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Chandra berkata pihaknya juga telah menanda beberapa rumah selain daripada rumah yang dirobohkan pada hari ini untuk dirobohkan nanti.

Sejumlah 521 anggota terlibat dalam operasi itu termasuk DBKK, polis, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan, Jabatan Air Negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn Bhd. – BERNAMA

Tags: Rumahsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd