• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabotaj MyIMMs: 37 Pegawai Dikenakan Tindakan Tatatertib

oleh Ahmad Albab
31/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sebanyak 37 pegawai Jabatan Imigresen dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas kerana terlibat dengan kegiatan sabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs), kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi.

Daripada jumlah itu, 15 orang telah dibuang kerja, 14 orang digantung kerja dan lapan orang lagi ditangguh pergerakan gaji, katanya.

“Pegawai yang terlibat daripada skim perkhidmatan peringkat sokongan yang bertugas di pintu-pintu masuk utama negara, ada juga pegawai teknologi maklumat serta pegawai yang bekerja dengan vendor sistem itu.

“Ada antara mereka ini yang baru bekerja selama enam bulan dan yang paling lama dalam perkhidmatan kira-kira 15 tahun,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini hari ini.

Ditanya sama ada pegawai terbabit akan didakwa di mahkamah kerana salah guna kuasa, katanya, ia tertakluk kepada siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat unsur jenayah.

Sakib berkata kira-kira 20 orang pegawai lagi yang disyaki terbabit dalam kegiatan sabotaj itu sedang dalam pemerhatian dan siasatan dalaman Jabatan Imigresen.

Selain itu, katanya, sebanyak 63 pegawai di pelbagai peringkat juga telah ditukarkan tempat kerja, selain akan melaksanakan pertukaran secara besar-besaran di KLIA sebagai langkah mengekang kegiatan itu.

Menurutnya, siasatan dalaman jabatan mendapati aktiviti sabotaj bermula sejak 2010 melibatkan rangkaian yang didalangi oleh sindiket dari luar negara yang menggunakan rakyat tempatan termasuk pegawai Imigresen.

Bagaimanapun, katanya, kegiatan sabotaj itu semakin ketara sejak 2014 yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan serta ancaman keselamatan kepada negara.

“Sindiket ini menggodam atau masuk ke dalam sistem kita dengan bantuan pegawai Imigresen yang terlibat dan dengan itu sindiket tersebut boleh mengawal pergerakan sesiapa sahaja untuk keluar atau masuk ke dalam negara,” katanya.

Sakib berkata hasil daripada siasatan dalaman jabatan itu juga, pada 2014 dan 2015 beberapa peralatan yang digunakan oleh sindiket turut ditemui.

Bagi memantapkan saringan Imigresen di KLIA, Sakib berkata jabatan itu turut memasang “snake queue” atau barisan giliran pemeriksaan di balai ketibaan dan berlepas serta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang salah guna kuasa dan perlanggaran integriti dalam kelangan pegawainya.

Katanya langkah memasang “snake queue” itu adalah sangat penting bagi menyaring kemasukan warga asing ke dalam negara terutama mengekang mereka yang terlibat dalam kegiatan pemerdagangan orang atau pengganas.

Pada Khamis lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kira-kira 100 orang termasuk pegawai Jabatan Imigresen dan anggota sindiket disiasat pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam mensabotaj sistem myIMMs.

Katanya risikan PRDM dan Jabatan Imigresen mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti mensabotaj sistem berkenaa kira-kira enam bulan hingga dua tahun dengan membocorkan data termasuk menggunakan nombor kod tertentu untuk disalah guna.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas. – BERNAMA

Tags: ImigresenMYIMMS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd