• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

217 Pasangan Dinikahkan Serentak Di Terengganu 14 Mei Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seramai 217 pasangan akan dinikahkan secara serentak dalam majlis anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKNT) pada 14 Mei ini.

Majlis itu melibatkan lapan daerah di negeri ini dan akad nikah akan diadakan di beberapa masjid yang telah ditetapkan.

Exco Kesihatan, Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata ia membabitkan 37 pasangan dari daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu (33), Marang (29), Kemaman (27), Dungun (25), Besut (23), Setiu (22) dan Hulu Terengganu (21).

“Ini merupakan majlis pernikahan yang terbesar anjuran kerajaan negeri yang diuruskan YPKNT membabitkan 434 teruna dan dara daripada kalangan anak Terengganu “, katanya kepada media di sini Ahad.

Majlis resepsi bagi pasangan berkenaan pula akan diadakan pada 22 Mei di tempat yang telah ditetapkan di setiap daerah yang akan membabitkan 15,000 jemputan.

Menurut Muhammad Pehimi, bagi memeriahkan majlis perkahwinan pasangan pengantin itu, ada di antara resepsi berkenaan akan dihadiri pemimpin tempatan termasuk Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Katanya majlis akad nikah akan bermula pukul 8 pagi manakala resepsi pula diadakan pada pukul 10.30 pagi.

Semua pasangan akan menerima Sijil Simpanan Premium sumbangan kerajaan negeri dan kad nikah akan diserahkan kepada pasangan pengantin pada majlis resepsi tersebut. – BERNAMA

Tags: maljis pernikahanTerengganu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd