• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Rombak Pemain Jun Ini – Annuar

oleh Ahmad Albab
03/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak menolak kemungkinan melakukan rombakan besar-besaran dalam skuad negeri itu semasa ‘pintu perpindahan’ pemain dibuka pada Jun ini.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata rombakan itu perlu dilakukan bagi memperkuatkan pasukan agar kekal kompetitif bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

“Mungkin banyak pasukan akan merombak pasukan mereka semasa tempoh pintu perpindahan pemain dibuka, bagi memperkuatkan skuad mereka.

“Kelantan juga tidak terkecuali, usaha akan diteruskan malah mungkin rombakan besar akan berlaku,” katanya menerusi catatan entri terbaharu pada laman Facebooknya, hari ini.

Annuar berkata amat sukar bagi mencari kombinasi membentuk sesebuah pasukan juara, namun usaha itu mesti dilakukan.

Dalam entri berbeza semalam, Annuar berkata Kelantan merupakan sebuah pasukan yang memiliki modal paling kecil dan miskin dalam saingan Liga Super musim ini.

“Kelantan satu-satunya pasukan yang mana pengurusannya terpaksa terus menerus mencari tajaan akibat bajet yang belum mencukupi tahun ini. Satu lagi tahun yang sukar buat Kelantan.

“Dari segi prestasi terkini, kami berada di tangga kelima selepas sembilan perlawanan dengan mencatat jaringan ketiga terbanyak dan tanpa kalah di gelanggang sendiri.

“Apa pun sasaran Kelantan tahun ini adalah pada kedudukan kelima sehingga kesepuluh dalam liga. Kita belum mampu membentuk pasukan berkualiti dengan pelbagai kekurangan yang ada.

“Kita berusaha untuk terus bertahan dalam liga agar tidak menerima nasib seperti pasukan lain sebelum ini yang pernah (menjadi) juara, kemudian jatuh merudum,” katanya.

Sebelum ini, KAFA dan pasukan Kelantan dikritik penyokong mereka berikutan skuad kendalian K.Devan menunjukkan prestasi yang tidak konsisten dan mengecewakan selepas tewas di suku akhir Piala FA kepada Kedah dan berada di kedudukan kelima Liga Super. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd