• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Tahanan Lolos Ketika Dibawa Ke Mahkamah

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dua tahanan bertindak melepaskan diri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini oleh dua anggota polis dari Cawangan Pengawal dan Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Earest John berkata dua suspek terbabit merupakan antara 19 suspek yang dibawa ke mahkamah itu untuk memohon perintah tahanan reman.

Beliau berkata dua suspek tersebut bertindak melarikan diri melalui pintu utama kamar mahkamah apabila tercetus kekecohan kerana beberapa tahanan enggan digari malah ada yang menepis tangan anggota polis yang cuba menggari mereka.

“Kira-kira pukul 11.05 pagi semalam, berlaku kekecohan dan ketika itu secara tiba-tiba dua orang suspek berkenaan telah bertindak melarikan diri dengan keluar melalui pintu utama kamar mahkamah,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai tidak berpuas hati selepas Majistret meluluskan permohonan tahanan reman selama dua hari. Kesemua suspek sebelum itu ditahan pada 12.30 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, katanya seorang daripada suspek berusia 23 tahun berjaya ditangkap semula pada pukul 2.23 petang semalam oleh anggota pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching di sebuah rumah di Kampung Tabuan Hilir di sini.

“Usaha masih diteruskan untuk mengesan seorang lagi tahanan berusia 39 tahun,” katanya.

Beliau berkata polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam mahkamah. – BERNAMA

Tags: polisTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd