• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Mati Ditembak Polis Di Rawang Awal Pagi Tadi

oleh Ahmad Albab
17/05/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAWANG – Dua lelaki mati ditembak pasukan polis dalam kejadian tembak-menembak di Jalan Lagong, Rawang awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian pada 3 pagi itu, pasukan D9 yang melakukan rondaan cegah jenayah di tapak Pasar Malam Kundang terserempak dengan kereta jenis Waja dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Polis mengekori suspek sejauh kira-kira dua kilometer dan mengepung kereta suspek bagi memberhentikan suspek namun secara tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dari arah kereta itu yang terbabas di selekoh jalan.

“Sebaik turun dari kenderaan mereka, kedua-dua suspek sekali lagi melepaskan beberapa tembakan ke arah pasukan polis, menyebabkan polis turut melepaskan tembakan balas ke arah dua suspek berusia 40 dan 41 tahun itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd Adnan berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Kepong dan Sungai Buloh itu terkena tembakan dan mati di tempat kejadian.

Mohd Adnan berkata seorang daripada suspek dikehendaki polis kerana mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan mencuri dan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta yang dipandu suspek mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Sungai Jarum pada tahun 2014.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan dua pucuk pistol, lima butir peluru, sebilah parang, dua bilah pisau, sarung tangan, topeng muka serta satu papan nombor plat kereta dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah, katanya.

Mohd Adnan berkata polis juga tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

Beliau berkata kedua-dua suspek dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd