Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Perlantikan Baharu MAS Sedia...

KUALA LUMPUR - Pelantikan yang diumumkan oleh Khazanah Nasional Bhd dalam penstrukturan semula...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Langat dan Sepang akan mengalami gangguan...

Senarai ATM Digodam Sejak...

KUALA LUMPUR - Berikut senarai 17 kes Mesin Teler Automatik (ATM) yang digodam...

Tweetfamous Buat Troll Kenaikan...

KADAR baru tol selepas diumumkan kenaikannya sudah pun dilaksanakan berkuatkuasa hari ini.Sebanyak 18 tol...

1MDB Bayar Kompaun Dikeluarkan BNM

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membayar kompaun yang dikenakan ke atas syarikat itu oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

1MDB dalam satu kenyataan media memberitahu, bayaran kompaun itu dijelaskan oleh syarikat berkenaan sepenuhnya hari ini.

“1MDB mengesahkan telah pun membuat bayaran hari ini, sepenuhnya jumlah kompaun tersebut bagi mematuhi keputusan BNM,” kata kenyataan itu hari ini.

Media pada 28 April lalu melaporkan BNM mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB.

Ia berikutan kegagalan syarikat itu mematuhi sepenuhnya arahan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.


Kompaun itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

Menurut BNM, siasatan oleh BNM berhubung pelbagai dakwaan pelanggaran ke atas kaedah dan peraturan bank pusat oleh 1MDB telah selesai berikutan pengeluaran kompaun itu.

BNM bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori