• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

131,813 Kakitangan Kementerian Pertahanan Nikmati Kenaikan Gaji Julai Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 131,813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan termasuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menikmati kenaikan satu tangga gaji bermula 1 Julai ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kenaikan itu dilaksanakan mengikut Skim Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia.

“Agenda penambahbaikan ini juga melibatkan aspek kebajikan anak-anak anggota dengan menyediakan perkhidmatan bas sekolah termasuk perumahan yang selesa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Tun Hussein Onn, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata bagi anggota Lain-Lain Pangkat ATM, Perajurit Muda yang tamat latihan asas akan menikmati gaji permulaan Prebet sebanyak RM1,564 sebulan berbanding RM1,137 yang diterima sebelum ini.

Katanya bagi Pegawai Kadet berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia akan menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,104.

“Pegawai berpangkat Leftenan Muda yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda pelbagai jurusan dan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang memperolehi gaji sebanyak RM2,585 dan RM2,730.61 berbanding RM2,411.85.

“Pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan akan menerima gaji sebanyak RM2,876.67 berbanding RM2,703.37 manakala pemegang ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar akan menerima RM3,022.13 berbanding RM2,593.94,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gaji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, gaji sektor swasta...

“Najib Ambil Gaji, 1MDB Pun Ambil” – Maszlee

“Najib Ambil Gaji, 1MDB Pun Ambil” – Maszlee

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia seorang Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd