• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Rasmi Projek Rancangan Tebatan Banjir Bernilai RM75 Juta

oleh Ahmad Albab
10/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Intan bernilai RM75 juta sebagai rancangan jangka panjang yang mampu bertahan sehingga 2100.

Projek kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu merupakan sambungan daripada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) merangkumi kerja pembinaan tambak batu sepanjang 2.2km, terbahagi kepada dua zon bermula Disember tahun lepas dan dijangka siap hujung 2018, bagi mengatasi masalah hakisan tebing dan banjir.

Ia merupakan pakej enam dan tujuh bagi Fasa Kedua melibatkan pembinaan Zon B di tebing sepanjang Jalan Woo Saik Hong hingga ke Jeti Kampung Terengganu di Pasir Berdamar dekat sini, sepanjang 1.7km, manakala pembinaan Zon A hanya sejauh 500 meter di sepanjang Jalan Wah Keng Jooi.

Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata ia akan memberi faedah kepada 247,000 penduduk yang tinggal berdekatan lembangan Sungai Perak di kawasan seluas 16.25km persegi di seluruh Hilir Perak apabila projek itu siap kelak.

“Sungai Perak merupakan yang kedua terpanjang di Semenanjung selepas Sungai Pahang dan ia (pembinaan projek) tidak harus dilihat sebagai projek tebatan banjir semata-mata.

“Ini kerana ia juga boleh menghalang sampah sarap dari hulu Sungai Perak daripada berkumpul di muara ini.

“Saya harap projek ini dapat disiapkan dalam tempoh terdekat mengikut kemampuan kewangan kerajaan,” katanya pada majlis pecah tanah projek RTB Teluk Intan di Dewan Terbuka Kampung Terengganu di sini Ahad.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong; dan Exco Belia Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya yang mewakili Menteri Besar Perak.

Menurut Ahmad Zahid, projek RTB itu juga dapat mengelak berlakunya banjir yang sering melanda di Kampung Permatang Pelanduk serta kawasan sekitar Changkat Jong di sini, yang disebabkan oleh air pasang.

Paras tanah di bandar Teluk Intan antara 1.6 dan 2.5 meter selain sebahagian besarnya lebih rendah daripada paras air pasang 2.75 meter, menyebabkan ia sentiasa terdedah dengan masalah banjir serta hakisan dan keruntuhan tebing sungai yang boleh mengancam keselamatan penduduk.

Sementara itu, Wan Junaidi pada sidang media berkata kerajaan Pusat menganggarkan kira-kira RM39 bilion diperlukan ketika ini bagi melaksanakan projek RTB di seluruh negara.

Beliau, bagaimanapun berkata kos itu dijangka terus meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang secara berperingkat.

“Kita menganggarkan kos tambahan RM340 juta akan diperuntukkan bagi Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Perak di Teluk Intan membabitkan kos RM250 juta, manakala RM8.5 juta pula akan diperuntukkan di Bagan Datoh pada masa akan datang.

“Ini termasuk juga beberapa projek kecil bernilai antara RM200,000 dan RM1 juta akan dilaksanakan bagi projek tebatan banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd