• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Cedera Parah Diserang Beruk

oleh Ahmad Albab
21/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Seorang warga emas cedera parah sehingga terpaksa menerima 25 jahitan di bahagian bahu dan tangan kiri akibat diserang seekor beruk jantan peliharaannya di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada Ahad lalu.

Adam Mamat, 78, berkata kejadian berlaku 3 petang Ahad lepas, ketika beliau mahu memandikan beruk itu akibat kepanasan musim kemarau sekarang.

“Saya tidak sangka dia (beruk) mahu menerkam ketika saya hendak mengambilnya dari tempatnya diikat pada sebatang pokok berhampiran rumah saya.

“Sebelum ini dia (beruk) tidak pernah bertindak sedemikian sejak saya memeliharanya dari kecil sehingga umurnya kini hampir 10 tahun,” katanya kepada pemberita di Hospital Tanah Merah di sini pada Rabu.

Adam berkata kejadian berkenaan merupakan insiden pertama dalam hidupnya sejak beliau mula memelihara beruk yang lain sebelum ini sejak berumur 20 tahun bagi melakukan kerja-kerja sambilan mengambil upah memetik kelapa.

“Saya bergelut dengan haiwan berkenaan kira-kira 30 minit. Ketika kejadian,tiada siapa di rumah saya, cuma hanya ada jiran perempuan yang tidak berani melakukan apa-apa ketika itu.

“Mereka (jiran) menghubungi rakan saya bagi mendapatkan bantuan, selepas berjaya melepaskan diri daripada pergelutan itu, walaupun berat hati…saya terpaksa membunuh beruk berkenaan dengan bantuan rakan saya bagi mengelak kejadian itu berulang dan mendatangkan bahaya kepada orang lain.

“Akibat kecederaan yang teruk di bahagian tangan disebabkan gigitan beruk yang mempunyai satu gigi taring itu, saya dibawa ke hospital oleh jiran bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan beliau terpaksa mengorbankan minatnya memelihara haiwan berkenaan kerana dilarang oleh anak-anaknya.- BERNAMA

Tags: haiwan peliharaanwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd