Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Polis Terengganu Pergiat Rondaan...

KUALA NERUS - Polis Terengganu akan mempergiatkan rondaan sehingga tiga kali sehari di...

‘Hafiz’ Dari Lokap Jaga...

Kuala Lumpur - “Saya kini menjaga ibu yang sakit barah otak selain cuba...

“Mana Ada Kahwin Lari”...

PELAKON popular, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan...

Penjenayah Rentas Sempadan Pembeli...

KUDAT - Penjenayah rentas sempadan yang berada di sekitar kepulauan di selatan Filipina...

Pukul PATI: Pegawai Imigresen Ditukar Serta-merta, Kata KP

PUTRAJAYA – Pegawai Imigresen wanita yang didakwa melakukan kekerasan terhadap tahanan warga asing telah ditukarkan serta-merta dari Unit Penguatkuasa ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Sakib Kusmi berkata penukaran pegawai itu, adalah sementara menunggu hasil siasatan penuh kes tersebut.

Beliau berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung video pegawai wanita itu yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

“Jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu didedahkan MyWatch baru-baru ini dan memaparkan wanita itu bertindak kasar ke atas seorang lelaki yang ditahan dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori