• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pemandu Teksi Berlagak Samseng, Lebihkan Polis

oleh AK-47
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video seorang pemandu Uber/Grab Car ditahan ketika membawa tiga penumpang diserang oleh sekumpulan pemandu teksi, menerima kecaman hebat netizen di media sosial.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu menunjukkan pemandu terbabit ditahan sekumpulan pemandu teksi bersama beberapa anggota Polis DiRaja Malaysia dan SPAD.

Apa yang menjengkelkan, lagak perakam video yang juga pemandu teksi memaki hamun pemandu lelaki berbaju merah kelihatan melampaui batas.

“Hey! Depan polis aku tibai kau karang, okay ambil video ramai-ramai,” ujarnya.

Reaksi netizen di media sosial menunjukkan rata-ratanya menghentam aksi samseng pemandu teksi terbabit.

“Alahai pemandu teksi, servis korang yang teruk, lepas tu nak salahkan pemandu Uber, mentaliti dalam longkang punya manusia!” tulis Rozaimi Din.

“Tahniah sebab menunjukkan sikap pemandu teksi yang sebenarnya memang kasar dengan bahasa-bahasa yang indah,” perli Su Mustafa.

Pemandu teksi di Malaysia kebelakangan ini, menolak keras perkhidmatan teksi bukan konvensional seperti Grab Car atau Uber dijalankan kerana mendakwa ianya mengganggu periuk nasi mereka selain melanggar undang-undang kerana tidak mengikut peraturan ditetapkan SPAD. – MYNEWSHUB.CC

Tags: samsengTeksiUbervideo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

Video PMX Anwar Buat Trend ‘Scuba Dance’ Terima Pujian Rakyat

Video PMX Anwar Buat Trend ‘Scuba Dance’ Terima Pujian Rakyat

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian pengguna media sosial selepas berkongsi rakaman video mengikuti trend...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.