• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Sheng Nu Gelaran Anak Dara Tua Yang Menyedihkan

oleh AK-47
18/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RUPA-RUPANYA bukan di Malaysia sahaja kalau seseorang wanita lewat 20-an yang masih belum berkahwin digelar sebagai anak dara tua, sebaliknya fenomena ini turut sama dilalui wanita di negara China.

Di sana mereka yang berumur lebih 25 tahun dan masih belum mendirikan rumah tangga digelar Sheng Nu yang bermaksud leftover woman atau lebih kurang di sini panggilannya anak dara tua.

Memetik Rotikaya, terma Sheng Nu itu dipopularkan oleh All-China Women’s Federation pada 2007 dan sejak itu ia sering diguna pakai secara meluas di mana-mana media, merujuk kepada golongan wanita tersebut.

Malah di China juga terdapat satu aktiviti yang dipanggil Marriage Market yang mana golongan ibu bapa akan mengiklankan anak mereka di sana dengan menyatakan umur dan jenis pekerjaan anak-anak mereka yang masih bujang.

Menyedari akan fenomena yang memberikan gelaran tidak elok kepada golongan tersebut, produk penjagaan kulit popular, SK-II tampil dengan sebuah dokumentari/cerita pendek bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa yang selalu memberikan tekanan kepada anak perempuan mereka agar segera berkahwin.

Wanita Sheng Nu pada masa kini dilihat lebih berdikari dan enggan terlalu mengikut stigma dan pemikiran ibu bapa mereka yang mana anak mereka hanya akan bahagia sekiranya hidup bersama pasangan masing-masing.

Sebaliknya, mereka cuba menzahirkan kehendak diri yang mana enggan tergesa-gesa untuk berkahwin hanya kerana ingin memenuhi permintaan kedua ibu bapa.

Salah seorang wanita tersebut, Li Xu Yuan berkata, “Saya tak mahu berkahwin semata-mata kerana terpaksa berkahwin. Saya tidak akan gembira hidup sebegitu.”

Mesej yang cuba disampaikan SK-II ini ialah golongan wanita lewat usia yang masih belum berkahwin juga mampu membuktikan mereka juga boleh bahagia walaupun tanpa kehadiran figura suami di sisi.

Selain, mereka juga ingin membuktikan bahawa mereka juga sama seperti insan lain yang ingin mengejar kecemerlangan dari segi jati diri, kerjaya dan sebagainya sebelum memberikan sebarang komitmen di masa hadapan.

Senang cerita, ajal, maut, jodoh dan pertemuan terletak di tangan yang maha Esa.

Jadi, buat semua wanita di luar sana yang masih single, enjoy video ini ya! – MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinamyVideoperkahwinan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd