• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usia 45 Tahun Saya Baru Belajar Alif, Ba, Ta – Rosyam Nor

oleh AK-47
15/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH dan pelakon senior terkenal, Datuk Rosyam Nor tidak malu mengaku dirinya tidak pandai mengaji sehinggalah pada usia 45 tahun serta hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas.

“Saya baru tahu selama 45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah.

“Saya tak malu mengaku ini di hadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan ALLAH SWT.

“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji.

“Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak berlakon cerita agama,” katanya.

Menurut Rosyam, dia terkesan dan menyedari dirinya tidak pandai mengaji pada saat pemergian ayahnya ke rahmatulah.

Kata Rosyam, hidayah untuk belajar mengaji datang buatnya ketika penggambaran akhir filem KL Gangster 2, melalui seorang ustaz.

“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Kemudian beliau minta nombor telefon dan setiap minggu beliau hubungi saya ajak berjumpa.

“Selama empat bulan beliau hubungi saya sampai saya rimas dan akhirnya saya setuju untuk bertemu di kawasan rumah saya,” katanya.

Bermula dari situ, Rosyam memberitahu hatinya terdetak untuk mengaku tak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya dengan syarat tidak memaklumkan hal itu kepada orang lain kerana malu.

“Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulillah usia 45 tahun saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” kata Rosyam yang akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah pada tahun lalu pada usia 48 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Harian

Tags: Rosyam Nor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Rosyam Nafi Jadi Barua Cina Isu Saham Pasar Raya

05/01/2019
0

TAMPIL... Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama perniagaan pasar raya ST Rosyam Mart yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd